20110418

Cosmopoint Kota Kinabalu Sabah

Salam Muhibbah!

Selamat Datang Ke Weblog Cosmopoint Kota Kinabalu.

Weblog ini dibina atas dasar prihatin untuk menyalurkan informasi terkini mengenai program-program Diploma KLMU yang kini kurikulumnya ditawarkan di Cosmopoint Kota Kinabalu. Dalam weblog ini kami akan memberitakan kepada para lepasan SPM dan STPM mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan syarat-syarat kemasukannya beserta aktiviti-aktiviti semasa kolej.

Pada ketika ini Cosmopoint Kota Kinabalu kini sibuk membuat pendaftaran dan kemasukan pelajar baru dalam program Diploma yang ditawarkan. Para lepasan SPM yang layak memohon dan telah ditawarkan ke program Diploma, membuat persediaan terakhir untuk urusan pendaftaran dan kemasukan.

Antara persediaan terakhir para pelajar tersebut adalah seperti menyediakan salinan-salinan dokumen peribadi seperti salinan kad pengenalan pelajar dan ibubapa, salinan akademik i.e Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beberapa keping gambar berukuran passport, slip pendapatan ibubapa, dan lain-lain lagi. Dokumen-dokumen ini penting untuk rujukan data peribadi pelajar dan urusan pembiayaan pendidikan seperti daripada Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Persediaan lain sudah tentulah beg berpakaian dan bahan-bahan makanan dan minuman bagi yang layak mendapat penginapan oleh pihak kolej.

Persiapan minda juga harus bagi para pelajar ini - tabah, tenang, dan bersedia. Maklumlah, ramai di antara mereka berasal daripada keluarga yang nun jauh dari Bandaraya Kota Kinabalu.

Selamat mendaftar dan selamat belajar kepada semua!

Kami juga akan mengemaskinikan mengenai jadual roadshow kami di setiap daerah dari masa ke semasa. Jangan lupa melawati weblog ini selalu.

Berita terkini aktivit-aktiviti pelajar juga akan ditulis di sini. Pada masa yang sama, kami akan mengongsikan informasi-informasi terkini IT dan multimedia dewasa ini.


VIDEO - Nasihat Seorang Pendidik Cosmopoint Sabah