Salam Muhibbah!
Jika anda telah mendarat ke laman web ini, bermaksud anda telah melawati laman web Kolej Teknologi Cosmopoint Cawangan Kota Kinabalu Sabah yang dikendalikan dan dikemaskini oleh Bahagian Kemasukan & Pendaftaran Pelajar Baru Cosmopoint Kota Kinabalu Sabah.
Setelah anda meneliti program Diploma yang sesuai dan diminati untuk pengajian peringkat Diploma di Cosmopoint Kota Kinabalu Sabah, anda bolehlah mengisi Borang Pra Pendaftaran Online kami yang disediakan. Dalam tempoh terdekat, Penasihat Kursus kami akan menghubungi anda untuk urusan pendaftaran seterusnya.
Pendaftaran sebagai pelajar baru hanya muktamad setelah Bahagian Kemasukan & Pendaftaran Pelajar Baru Cosmopoint Kota Kinabalu Sabah menilai keputusan SPM anda ( atau yang berkaitan) layak mengikuti program yang dipilih, telah menghantar salinan SPM dan Kad Pengenalan berserta Yuran Pendaftaran Program.
Untuk melancarkan proses pendaftaran anda, setelah mengisi Borang Pra Pendaftaran Online kami, sila faks salinan SPM dan Kad Pengenalan anda ke 088-250991, dan pastikan tertulis Nombor Telefon Anda dan No. Rujukan: CICT / KK / AM2011
Untuk informasi selanjutnya, sila hubungi 088-260991 [waktu pejabat] atau SMS ke 016-8028280.
Sekian, terima kasih.
Kolej Teknologi Cosmopoint
Menara MAA, Level 4
No. 6 Lorong Api-Api 1
88000 Kota Kinabalu
Sabah, MALAYSIA
Tel: 088-260991
Faks: 088-250991
View Kolej Teknologi Cosmopoint Kota Kinabalu in a larger map